Monday, April 18, 2011

HATI_HATI YE.....=)

Assalamualaikum wahai hati-hati sekalian;


Sihat?Harapnya hati-hati semua masih lagi dalam keadaan yang sentiasa bersih dan diterangi dengan cahaya yang terang walaupun adakalanya anda tercalit dengan bintik-bintik hitam yang semakin lama semakin banyak jika tidak dicuci dengan axion(clorox pun bleh..=).. ). Memandangkan cuti yang panjang, sedih melihat ramai dikalangan anda(tidak terkecuali yang menulis) setiap hari bintik-bintik hitam mula melekat tanpa anda sedari. Inilah yang dinamakn ujian Iman yang sebenar. Teringat kata-kata seorang sahabat " nak tengok iman kita kuat ke x tengoklah masa cuti nanti ".....persoalan yang sering timbul dalam diri penulis" Kenapa kalau kat U boleh fully berjemaah tetapi kalau di rumah x bleh sepenuhnya?Kenapa kalau kat U bleh puasa sunat tiap isnin khamis tetapi kalau dirumah jarang sekali? Kenapa kalau kat U boleh istiqamah mengaji 5 muka setiap hari tetapi dirumah makin kurang?Hmmm bagi penulis ujian yg susah adalah apabila berada di rumah sewaktu musim cuti.......bagi yang lain mungkin bertambah baik( teruknya penulis ni)....

                          
macam ni kut cuti si penulis

                                                    
ALLAH MENGUJI KITA

wasiat imam Ghazali: 
"ujian datang silih berganti . ia merupakan warna kehidupan setiap insan . Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian itu adalah untuk mematangkan iman kita."

Wah peluang terbaik tuk mematangkan iman dalam waktu cuti! Ganjarannya pun lumayan
namun ramai yang KECUNDANG. oh.tidak! 
Kehidupan di alam ciptaan tuhan ini tidak terkecuali daripada berhadapan dengan ujian dan cabaran.
Selagi ruh tidak teputus dari jasadnya selagi itulah kita perlu berusaha tuk meningkatkan iman kita. 
Hmmm at least masih boleh tangguh stdy last² minute, sebab tau bila hari exam.(teringat final yang lepas (^_^)v.
Kalau amal kita, boleh ke pulun last² minute, sebab tak tau bila hari kematian?
Pesakit hiv AIDS dan paling 'beruntung' banduan yg akan dihukum gantung rasa sedikit lega 
Kita? Mungkin secara luaran kita tengok diorg 'terpenjara', tapi dari 1 perspektif, siapa yang lebih 'beruntung' sekarang?Welcome to death!
Malaikat maut takkan bagi notis jangka hayat."Ok esok ko akan mati,jadi pulunlah abis-abisan amalan yg nak ditambah. bagi yg tetinggal boleh diqado'kan secepat mungkin." klau ade seronoklah semua manusia....boleh berparti lama-lama. namun Allah mahu menguji hamba-hambanya dengan merahsiakan kematian kita walaupun semuanya telah tercatat di luh mahfuz. Allah sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian , apatah lagi orang beriman dan kuat beribadat. Tujuannnya untuk menilai sejauh mana tahap kesabaran manusia serta melihat keistiqamahan(<----cam x btul je penggunaan kata ni)  kita dalam mengerjakan amal ibadatnya.

Dalam firman Allah ada menyebut;

                 "dan demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu sehingga kami ketahui orang-orang yang berjuang di antaramu dan orang-orang yang sabar dan (sehingga) kami siarkan perkhabaranmu."

                                                                                                                        (Muhammad, ayat 31)

Lihat kembali perjalanan hidup kalangan utusan Allah dan solihin, mereka juga tidak terkecuali daripada uijian jika nak dibandingkan dengan ujian cuti tiga minggu(bagi yang amek short sem). rebutlah peluang diwaktu cuti ni dengan amalan-amalan seperti berikut walaupun sedikit namun akan menjadi kualiti jika dilakukan dengan penuh ikhlas dan istiqamah.......=)

Qiamullail (1x/ minggu)(Ya Allah kuatkankanlah hati hambamu ini untuk ku sujud kepadamu)
Dhuha (1x/ minggu)(solat dhuha sebagai ruh rezeki)
Ma’tsurat Sughra (1x/ hari)(sesiapa yang membacanya pada waktu pagi akan dipelihara oleh Allah sehingga waktu petang)
Tilawah Quran (2 muka/ hari)("Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya.";petikan dari hadis nabi. kalau dua muka?)
Rawatib (4 rakaat/ hari)(alhamdulillah.. dapat menampung solat fardhu yang tidak sempurna)
Bacaan Islami(kenalkah kita dengan Abu ubaidah bin Al-Jarrah?klu x knal lgi marilah kita sama2 mengenalnya.seorang sahabat yang telah membunuh bapanya sendiri.nak tau lebih lanjut inilah masanya)
Hafalan Quran (At Tariq- Al Ikhlas)(dulu time kecil2 dah hafal banyak dah tapi sekarang dah banyak lupa. astaghfirullahalazim)


                    jagalah hati ku ini Ya Allah

ok lah sampai sini je dulu .....
wassalam....tata titi tutu......(^_^)v..

1 comment:

Anonymous said...

bgoihnyooooo